Monday, December 15, 2008

PERANAN UMNO

Umno adalah merupakan jentera yang mencorakan masyarakat Malaysia khususnya orang-orang Melayu itu sendiri. Jika jentera itu tidak bergerak dengan licin dan lancar, matlamat orang melayu untuk mengecap kemakmuran dan mengusai sistem politik dinegara ini sampai bila-bila tidak akan tercapai. Sebaliknya jika jentera ini berjalan dengan baik maka senanglah dan cepatlah matlamat itu dapat di capai.


Dalam perkara ini Biro Kemasyarakatan dan NGO Bahagian Pasir Gudang menganggap UMNO adalah sebagi pengerak utama disemua peringkat lapisan masyarakat kerana UMNO wujud bukan sahaja didesa-desa, dikampung-kampung dan dikawasan setinggan, malahan ianya juga wujud dan aktif dipekan-pekan dan dibandar-bandar diseluruh negara.


Semangat UMNO wujud disemua lapisan masyarakat, orang-orang UMNO memainkan peranan penting dalam berbagai badan, organisasi, persatuan dan institusi yang wujud disemua peringkat. Semangat UMNOlah yang menguasai Jawatankuasa Kemajuan dan keselamatan kampung(JKKK) dan KRT (Kawasan Rukun Tetangga).


Semangat UMNO dan Orang UMNOlah yang menjadi pengerak kepada kumpulan belia. Semangat dan orang UMNOlah yang mengerakan pertubuhan-pertubuhan perkumpulan waniata. Ahli-ahli Umno jugalah yang duduk didalam persatuan-persatuan, badan-badan sukarela, agensi-agensi kerajaan dan swasta. Tenaga pengerak masjid dan surau samada di kariah-kariah mahupun diperingkat negeri juga adalah terdiri daripada mereka yang menghayati semangat perjuangan UMNO dan meninggikan kedudukan dan martabat masyarakat melayu itu sendiri.


Oleh itu kesedaran parti politik UMNO amat perlu dan paling mustahak untuk menentukan kesetabilan politik diakar imbi disamping dapat mempertingkatkan perubahan sikap dan pemikiran ke satu yahap cintakan negara dan kerjasama diantara masyarakat majmuk dinegara ini.

0 comments: