Monday, December 15, 2008

OBJEKTIF

1. Melahirkan masyarakat penyayang dan berbudaya menyayangi iaitu sistem sosial yang mementingkan masyarakat lebih dari kepentingan diri sendiri. Dalam amalan ini, sistem kebajikan tidak hanya berkisar pada negara atau orang perseorangan tetapi meliputi sistem kekeluargaan yang kukuh.

2. Mewujudkan rangkaian pengerak yang akan memberi kefahaman kepada masyarakat mengenai soal-soal perpaduan, berkerjasama, menghargai identiti bangsa dan budaya sendiri. Memiliki kekuatan mental dan fizikal, tidak mudah goyah dengan pengaruh luar yang negetif, menghormati nilai-nilai kekeluargaan dan sebagainya.

3. Mempertingkatkan semangat kesukarelaan didalam masyarakat Parlimen Pasir Gudang serta persefahaman konsep kejiranan, Perkhidmatan sosial, mencintai alam sekitar dan kemudahan awam.

4. Mewujudkan satu corak masyarakat yang saling memahami antara satu sama lain demi untuk menjaga keharmonian sosial melalui aktiviti-aktiviti bersifat kemasyarakatan dan sosial, persatuan-persatuan, kebajikan dan kesedaran diri sendiri bagi menjamin kesetabilan politik.

5. Memastikan proses sosialisasi nilai-nilai bersama masyarakat Malaysia mestilah berpaksikan kepada nilai-nilai masyarakat majmuk.

6. Untuk menanamkan kepada mereka sifat kepimpinan serta cintakan tanahair agar mereka menjadi warganegara yang baik dan patriotik sebagai pemimpin ataupun pengikut didalam masyarakat.

0 comments: