Thursday, November 11, 2010

Program sihat 1 Malaysia










Program sihat 1 malaysia peringkat parlimen pasir gudang anjuran bersama Jabatan perkhidmatan pelajar Fakulti sains kesihatan bersekutu UKM bersama Biro Kemasyarakatan & NGO Parlimen Pasir Gudang pada:-

Ahad 14/11/2010 bertempat Tempat letak kereta Pasaraya Maslee Taman Cendana

Semua Masyarakat Pasir Gudang dipersilakan hadir pada hari tersebut dari Jam 08:00 pagi

Maj;is Perasmian Penutup akan di sampurnakan oleh Ketua Umno Parlimen Pasir Gudang merangkap Menteri Pengajian Tinggi Malaysia.

Saturday, July 3, 2010

Selamat Pengantin Baru Kepada Pengerusi Biro Kemasyarakatan Umno Bahagian Pasir Gudang

























AJK Biro Kemasyarakatan Umno Bahagian Pasir Gudang Mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada pengerusi Biro Kemasyarakatan & Ngo Umno Bahagian Pasir Gudang Saudara Abdul Latiff Bin Ismail kerana selamat mengakhiri zaman bujangnya dengan Nurlidza Bt Abdul Wahab semoga mendapat keberkatan dari Allah S.W.T.
Majlis Pernikahanya telah berlangsung di Masjid Jamek Pasir Gudang pada 03/07/2010 (Sabtu) Jam 10:00 Pagi manakala majis Jamuan & Persandinganya akan diadakan pada 04/07/2010(Ahad) di Dewan Kelab Kilat TNB Pasir Gudang.

Wednesday, February 3, 2010

Jaduan Khidmat Guaman/Kaunsling


Sunday, January 17, 2010

Penubuhan Pasukan Pemantau Devit dan Combi di Perumahan Aman Puri Taman Scientex



Wednesday, January 6, 2010

PENYERAHAN PERUNTUKAN KOMPUTER, VIDEO CAM & AHLI COMBI PASIR GUDANG




Tuesday, January 5, 2010

DIALOG BERSAMA PENDUDUK RUMAH PANGSA TAMAN MAWAR






Sunday, December 21, 2008

PENGENALAN

Proses membina dan menjana masyarakat memerlukan pengembelengan secara senergi oleh semua pihak dan ia meliputi seluruh aspek kehidupan yang perlu dilaksanakan secara bersepadu. Bagi menjadikan impian suatu realiti, makan usaha haruslah dimulakan dari sekarang untuk mengujudkan sebuah masyarakat yang dinamik dalam usaha membangunkan sebuah negara kemartabat gagasan yang maju selaras dengan kandungan " Wawasan 2020 " bagi melahirkan sebuah masyarakay malaysia yang berakhlak mulia, bersatupadu yang mempunyai persamaan matlamatnya, kukuh integrasi berkerjasama dan berganding bahu serta mempunyai ketaatsetiaan yang tidak berbelah bagi kepada negara.

Hadis Rasullah S.A.W ada menyebut " Sesungguhnya kamu bertanggungjawab terhadap dirimu dan kamu bertanggungjawab terhadap keluarga dan masyarakat mu ". Meneliti kepada maksud baginda, amat jelas sekali, setiap individu harus memiliki sifat tanggungjawab bukan sahaja diri sendiri tetapi kepada keluarga dan masyarakat sekitarnya. Konsep kehidupan seperti yang disarankan oleh Rasullah S.A.W dan sebahagian kandungan wawasan 2020 diatas amat sesuai sekali dengan matalamat dan perjuangan BIRO KEMASYARAKATAN DAN NGO PASIR GUDANG.

Bagi merealisasikan matlamat tersebut, Pihak biro akan memainkan peranan yang aktif secara saraf dengan memenuhi keperluan-keperluan mereka melalui sistem yang saling bergabung meliputi setiap jenis dan tingkat perhubungan yang dilakukan oleh mereka samada hubungan secara langsung atau tidak langsung, secara sedar atau tidak sedar dan secara koperatif atau antogonistik.