Sunday, December 21, 2008

PENGENALAN

Proses membina dan menjana masyarakat memerlukan pengembelengan secara senergi oleh semua pihak dan ia meliputi seluruh aspek kehidupan yang perlu dilaksanakan secara bersepadu. Bagi menjadikan impian suatu realiti, makan usaha haruslah dimulakan dari sekarang untuk mengujudkan sebuah masyarakat yang dinamik dalam usaha membangunkan sebuah negara kemartabat gagasan yang maju selaras dengan kandungan " Wawasan 2020 " bagi melahirkan sebuah masyarakay malaysia yang berakhlak mulia, bersatupadu yang mempunyai persamaan matlamatnya, kukuh integrasi berkerjasama dan berganding bahu serta mempunyai ketaatsetiaan yang tidak berbelah bagi kepada negara.

Hadis Rasullah S.A.W ada menyebut " Sesungguhnya kamu bertanggungjawab terhadap dirimu dan kamu bertanggungjawab terhadap keluarga dan masyarakat mu ". Meneliti kepada maksud baginda, amat jelas sekali, setiap individu harus memiliki sifat tanggungjawab bukan sahaja diri sendiri tetapi kepada keluarga dan masyarakat sekitarnya. Konsep kehidupan seperti yang disarankan oleh Rasullah S.A.W dan sebahagian kandungan wawasan 2020 diatas amat sesuai sekali dengan matalamat dan perjuangan BIRO KEMASYARAKATAN DAN NGO PASIR GUDANG.

Bagi merealisasikan matlamat tersebut, Pihak biro akan memainkan peranan yang aktif secara saraf dengan memenuhi keperluan-keperluan mereka melalui sistem yang saling bergabung meliputi setiap jenis dan tingkat perhubungan yang dilakukan oleh mereka samada hubungan secara langsung atau tidak langsung, secara sedar atau tidak sedar dan secara koperatif atau antogonistik.

4 comments:

Unknown said...

takde aktiviti untuk org2 muda ke?

cEritA kU said...

buat pertandingan kara-ok lah?

Unknown said...

kalau ada. sila email invitation ke saya.

cEritA kU said...

camane YB DATO LATIF??bleh tak?