Monday, December 15, 2008

PERANAN UMNO

Umno adalah merupakan jentera yang mencorakan masyarakat Malaysia khususnya orang-orang Melayu itu sendiri. Jika jentera itu tidak bergerak dengan licin dan lancar, matlamat orang melayu untuk mengecap kemakmuran dan mengusai sistem politik dinegara ini sampai bila-bila tidak akan tercapai. Sebaliknya jika jentera ini berjalan dengan baik maka senanglah dan cepatlah matlamat itu dapat di capai.


Dalam perkara ini Biro Kemasyarakatan dan NGO Bahagian Pasir Gudang menganggap UMNO adalah sebagi pengerak utama disemua peringkat lapisan masyarakat kerana UMNO wujud bukan sahaja didesa-desa, dikampung-kampung dan dikawasan setinggan, malahan ianya juga wujud dan aktif dipekan-pekan dan dibandar-bandar diseluruh negara.


Semangat UMNO wujud disemua lapisan masyarakat, orang-orang UMNO memainkan peranan penting dalam berbagai badan, organisasi, persatuan dan institusi yang wujud disemua peringkat. Semangat UMNOlah yang menguasai Jawatankuasa Kemajuan dan keselamatan kampung(JKKK) dan KRT (Kawasan Rukun Tetangga).


Semangat UMNO dan Orang UMNOlah yang menjadi pengerak kepada kumpulan belia. Semangat dan orang UMNOlah yang mengerakan pertubuhan-pertubuhan perkumpulan waniata. Ahli-ahli Umno jugalah yang duduk didalam persatuan-persatuan, badan-badan sukarela, agensi-agensi kerajaan dan swasta. Tenaga pengerak masjid dan surau samada di kariah-kariah mahupun diperingkat negeri juga adalah terdiri daripada mereka yang menghayati semangat perjuangan UMNO dan meninggikan kedudukan dan martabat masyarakat melayu itu sendiri.


Oleh itu kesedaran parti politik UMNO amat perlu dan paling mustahak untuk menentukan kesetabilan politik diakar imbi disamping dapat mempertingkatkan perubahan sikap dan pemikiran ke satu yahap cintakan negara dan kerjasama diantara masyarakat majmuk dinegara ini.

OBJEKTIF

1. Melahirkan masyarakat penyayang dan berbudaya menyayangi iaitu sistem sosial yang mementingkan masyarakat lebih dari kepentingan diri sendiri. Dalam amalan ini, sistem kebajikan tidak hanya berkisar pada negara atau orang perseorangan tetapi meliputi sistem kekeluargaan yang kukuh.

2. Mewujudkan rangkaian pengerak yang akan memberi kefahaman kepada masyarakat mengenai soal-soal perpaduan, berkerjasama, menghargai identiti bangsa dan budaya sendiri. Memiliki kekuatan mental dan fizikal, tidak mudah goyah dengan pengaruh luar yang negetif, menghormati nilai-nilai kekeluargaan dan sebagainya.

3. Mempertingkatkan semangat kesukarelaan didalam masyarakat Parlimen Pasir Gudang serta persefahaman konsep kejiranan, Perkhidmatan sosial, mencintai alam sekitar dan kemudahan awam.

4. Mewujudkan satu corak masyarakat yang saling memahami antara satu sama lain demi untuk menjaga keharmonian sosial melalui aktiviti-aktiviti bersifat kemasyarakatan dan sosial, persatuan-persatuan, kebajikan dan kesedaran diri sendiri bagi menjamin kesetabilan politik.

5. Memastikan proses sosialisasi nilai-nilai bersama masyarakat Malaysia mestilah berpaksikan kepada nilai-nilai masyarakat majmuk.

6. Untuk menanamkan kepada mereka sifat kepimpinan serta cintakan tanahair agar mereka menjadi warganegara yang baik dan patriotik sebagai pemimpin ataupun pengikut didalam masyarakat.

Misi

Dalam mengaplikasikan hasrat dan agenda besar UMNO Pasir Gudang satu perancangan yang bersikap komprehensif dan bersepadu diantara sekretariat biro dan biro-biro yang lain akan diatur supaya ia berkembang dan berupaya menarik minat masyarakat luar supaya menganggotai ahli UMNO.

Dalam mengorak langkah, usaha perlaksanaan BIRO KEMASYARAKATAN dan NGO UMNO bahagian akan menghimpinkan input-input maklumat dan dijadikan satu rumusan yang boleh dijadikan panduan atau "guideline" untuk melaraskan gerakkerja menambah ahli dan seterusnya memberi sokongan kepada kerajaan.

Pendekatan Biro Kemasyarakatan dan NGO adalah usaha kearah membetulkan persepsi masyarakat terhadap UMNO serta Memahami perjuangan suci umno.